Monday, 13 October 2014

24/12

 

24 disember 2014 genap enam tahun aku mendirikan rumah tangga bersama suamiku yg tersayang,,,,Banyak pengalaman pahit manis yang aku lalui bersama. Kadang-kadang ku terfikir..sejauh mana hubungan ini akan kekal. Setiap hari aku berdoa YA Allah KAU jauhkanlah diriku dan suamiku dari fitnah dunia dan akhirat...Amin. Bila difikir balik suamiku bukan la hak mutlak .. bila-bila akan ditarik oleh Allah dalam berbagai cara... YA Allah Kau jadikanla diriku isteri yang solehah kepada suamiku dan Kau jadikanlah aku bidadri di Syurga untuk suamiku...
Sesungguhnya aku menyanyangi Suamiku kerana Mu ya Allah...


Monday, 23 June 2014

GIFT FROM ALLAH

Pernikahan merupakan suatu perkara yang patut di syukuri, begitu pula ketika kita di kurniakan seorang anak.

Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah sangat besar, kerana ia adalah amanah Allah dan mereka adalah pinjaman dari Allah untuk kita menjaga sebaiknya di muka bumi


Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata, anak sulung Muhammad Hanzalah dan adiknya Raudhatul Jannah. Bermacam-macam dugaan aku hadapi bersama suami untuk membesarkan mereka..

aku dan suami sanggup berlapar mengikat perut demi membeli barangan keperluan mereka.
Ya Allah Kau bantulah hambamu ini menjadai ibu yang terbaik untuk mereka. Ya Allah Kuatkanlah diri hambamu untuk mendidik anak-anak ku,  Ya Allah Kau permudahkanlah urusan anak-anak ku di dunia dan di Akhirat, Ya Allah Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah ,Hadfiz Hadfizah... Amin