Monday, 23 June 2014

GIFT FROM ALLAH

Pernikahan merupakan suatu perkara yang patut di syukuri, begitu pula ketika kita di kurniakan seorang anak.

Tanggungjawab mendidik anak-anak adalah sangat besar, kerana ia adalah amanah Allah dan mereka adalah pinjaman dari Allah untuk kita menjaga sebaiknya di muka bumi


Alhamdulillah aku dikurniakan sepasang cahaya mata, anak sulung Muhammad Hanzalah dan adiknya Raudhatul Jannah. Bermacam-macam dugaan aku hadapi bersama suami untuk membesarkan mereka..

aku dan suami sanggup berlapar mengikat perut demi membeli barangan keperluan mereka.
Ya Allah Kau bantulah hambamu ini menjadai ibu yang terbaik untuk mereka. Ya Allah Kuatkanlah diri hambamu untuk mendidik anak-anak ku,  Ya Allah Kau permudahkanlah urusan anak-anak ku di dunia dan di Akhirat, Ya Allah Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh solehah ,Hadfiz Hadfizah... Amin 




                   




No comments:

Post a Comment